Showing posts with label MSSZ Renggam. Show all posts
Showing posts with label MSSZ Renggam. Show all posts

08 March 2012

Kepada sekolah-sekolah yang pesertanya terpilih ke Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kluang 2012 sila ambil makluman berikut :

1. Sila hantarkan salinan surat beranak peserta yang telah disahkan oleh guru besar masing-masing ke SK Seri Kampung Renggam melalui pigeon hole SK Seri Kg. Renggam di PPD Kluang dengan kadar segera. Sekolah-sekolah berdekatan boleh juga menghantar terus ke SK Seri Kampung Renggam.

2. Latihan pusat akan diadakan pada 20,21 dan 22 Mac 2012 (Selasa, Rabu dan Khamis) di Mini Stadium SMK Belitong, Kluang bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

3. Segala perbelanjaan dan urusan membawa murid ke latihan pusat adalah dibawah tanggungan sekolah masing-masing seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat zon yang lepas.

Sila muat turun fail dan surat dibawah untuk makluman serta tindakan pihak tuan selanjutnya.

Kontinjen MSSZ Rengam/Layang ke MSSD Kluang 2012
Surat Latihan Pusat Dan Lantikan Jurulatih

Semoga tahun 2012 akan menlonjakkan lagi prestasi kontinjen MSSZ Renggam/Layang di pestas MSSD Kluang.

Posted by Zuri On 10:39 No comments READ FULL POST

01 March 2012

Hari kedua Kejohanan Balapan dan Padang berlangsung acara balapan bagi acara-acara 100 meter dan 200 meter. Sebanyak 38 saringan dan acara akhir dipertandingkan melibatkan kedua acara tersebut.

Dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSZ Renggam/Layang SK Bandar T6 mengondol johan keseluruhan dan juga olahragawan, manakala SK Pekan Layang-layang mendapat tempat kedua dan juga membawa balik gelaran olahragawati.

Acara penutup disempurnakan oleh En. Jumaat bin Hj. Mahadi (Guru Besar SK Seri Kampung Renggam) selaku pengerusi MSSZ Renggam/Layang dan pengelola kejohanan.


Hadiah-hadiah kejohanan disampaikan oleh guru-guru besar yang hadir ke acara penutup tersebut.


Olahragawan (SK Bandar T6)

Olahragawati (SK Pekan Layang-layang)

Sebahagian petugas pada hari kedua kejohanan :

Posted by Zuri On 20:33 No comments READ FULL POST

29 February 2012

Pemenang Hari Pertama Kejohanan

Kejohanan Balapan dan Padang MSSZ Renggam/Layang-layang 2012 berjalan lancar hari ini di Mini Stadium SMK Belitong, Kluang. Pada hari ini hanya acara padang yang dipertandingkan iaitu acara lompat jauh, lompat tinggi, merejam lembing dan lontar peluru bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 10 dan 12 tahun.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh En. Jumaat bin Mahadi, guru besar SK Seri Kampung Renggam selaku pengerusi kejohanan, En. Shariff, guru besar SK Ladang Bukit Benut dan En. Khadam bin Shukur, guru besar SK LKTP Belitong.


Sebahagian dari pegawai yang bertugas, terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Acara balapan pula akan dipertandingkan pada 1 Mac 2012 melibatkan acara 100 meter dan 200 meter bagi kategori lelaki dan perempuan abwah 10 dan 12 tahun
Posted by Zuri On 19:01 No comments READ FULL POST

27 February 2012


Pihak sekolah dalam MSSZ Renggam/Layang diharapkan dapat memuat turun surat perlantikan pegawai Kejohanan Padang dan Balapan MSSZ Renggam 2012 dan yang berkaitan yang disertakan ini.


Untuk makluman acara padang akan diadakan pada 29 Februari 2012 bermula 8.00 pagi manakala acara balapan pula akan diadakan pada 1 Mac 2012 bermula 8.00 pagi. Semoga pegawai-pegawai kejohanan yang dilantik dapat hadir pada masa yang telah ditetapkan supaya perjalanan kejohanan berjalan dengan lancar.
Posted by Zuri On 22:41 No comments READ FULL POST

22 February 2012


Berikut adalah senarai sekolah yang telah menghantar Borang Peserta / Pegawai bagi Kejohanan Balapan dan Padang MSSZ Renggam / Layang-layang 2012 :

1. SK Seri Kampung Renggam - 2 Pegawai.
2. SK Bukit Tongka
t - 2 Pegawai.
3. SK Bandar Renggam - 3 Pegawai
4. SK Jubli Intan - 2 Pegawai.
5. SJK(C) Chin Chang - 2 Pegawai.
6. SK Ldg Ulu Remis - 2 Pegawai.
7. SK Ulu Penggeli - 2 Pegawai.
8. SK LKTP Belitong - 3 Pegawai.
9. SJK(T) Ladang Layang - 2 Pegawai.
10. SJK(C) Sayong - 2 Pegawai.
11. SK Ladang Bukit Benut - 2 Pegawai.
12. SJK(T) Ladang Sembrong- Borang kosong.
13. SJK(C) Layang-layang - 3 Pegawai.
14. SJK(T) Ladang Ulu Remis - 2 Pegawai.
15. SJK(T) Jalan Bukit Renggam - 2 Pegawai.
16. SK Pekan Layang-layang - 3 Pegawai.
17. SK Bandar T6 - 5 Pegawai.
18. SJK(T) Ladang Bukit Benut - 2 Pegawai.



Senarai ini akan diupdate dari semasa ke semasa.




Pembetulan untuk acara Lelaki /Perempuan Bawah 10. Acara LONTAR PELURU dan REJAM LEMBING untuk kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 10 tidak dipertandingkan. Cell dalam borang sudah diperbetulkan. Borang terkini boleh dimuat turun melalui pautan berkenaan. Segala kesilapan amatlah dikesalkan. Terima kasih.
Posted by Zuri On 15:57 No comments READ FULL POST

15 February 2012

Mesyuarat pengelolaan Kejohanan Padang dan balapang MSSZ Renggam/Layang-layang 2012 akan diadakan seperti mana berikut :

Tarikh : 16 Februari 2012 Hari : Khamis. Tempat : PKG Bandar Renggam. Masa : 2.00 Petang.



Mesyuarat akan membincangkan mengenai perjalanan kejohanan tersebut yang akan diadakan pada 29 Februari dan 1 Mac 2012 bertempat di Mini Stadium, SMK Belitong, Kluang.

Kepada sekolah ahli MSSZ Renggam/Layang-layang boleh memuat turun Borang Pendaftaran Peserta dan Pegawai melalui pautan di bawah ini :




Borang pendaftaran yang telah siap disi hendaklah diemailkan terus ke alamat berikut untuk urusan sekolah pengelola selewat-lewatnya 24 Februari 2012.

skskr_renggam@yahoo.com atau zuriazani03@yahoo.com

Tindakan dan kerjasama daripada sekolah -sekolah Zon Renggam/Layang-layang diucapkan ribuan terima kasih.

* Pindahan tarikh terpaksa diubah kerana tarikh kejohanan asala bertembung dengan tarikh UPPM 1. Oleh sebab itu juga tarikh penghantaran borang peserta dan pegawai kejohanan hendaklah selewat-lewatnya 24 Februari 2012.
Posted by Zuri On 15:21 2 comments READ FULL POST

30 January 2012

SK Seri Kampung Renggam telah menyertai pertandingan Pingpong MSSZ Renggam/Layang-layang 2012 bertempat di SJK(C) Chin Chang Renggam. Kejohanan tersebut berlangsung pada 30 Januari 2012.

Walaupun sekadar menghantar 4 orang peserta iaitu 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan, SK Seri Kampung Renggam berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga bagi lelaki dan perempuan bagi kategori bukan kaum Cina.

2 orang peserta dari SK Seri Kampung Renggam juga akan mewakili Zon Renggam/Layang-layang ke kejohanan peringkat daerah Kluang yang akan berlangsung pada 8 Februari 2012 di zon Simpang Renggam.
Posted by Zuri On 11:40 No comments READ FULL POST

08 March 2011

Acara balapan Kejohanan Balapan dan Padang SMMZ Renggam/Layang-layang pula diadakan pada 3 Mac 2011 iaitu sehari selepas acara padang dijalankan. Untuk acara balapan ini hanya 2 acara dipertandingankan iaitu acara 100 meter dan 200 meter melibatkan kategori lelaki dan perempuan bawah 10 dan 12 tahun.



Penganjur mendapatkan khidmat En. Zainordin bin Majid dari Sekolah Tinggi Kluang untuk menjadi pelepas kepada acara yang dipertandingkan. Acara berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak terutama pegawai-pegawai sukan dari sekolah-sekolah zon Renggam/Layang-layang.



Untuk edisi 2011, johan keseluruhan kejohanan adalah SJK(T) Bukit Renggam yang telah membawa pulang 4 emas, 3 perak dan 2 gangsa. Menurut En. Jumaat bin Hj. Mahadi, untuk tahun hadapan kejohanan akan diadakan di tempat yang sama tapi masanya dipendekkan menjadi sehari sahaja.

Dalam ucapan, beliau berterima kasih kepada semua petugas, pihak SMK Belitong dan juga pegawai sukan yang dilantik kerana memberi kerjasama yang baik untuk menajyakan kejohanan ini.
Posted by Zuri On 23:06 1 comment READ FULL POST

03 March 2011


Kejohanan Balapan Dan Padang MSSZ Renggam berlangsung bermula hari ini 2 Mac 2011 hingga esok 3 Mac 2011. Walau bagaimanapun hari ini cuma berlangsung acara-acara padang iaitu lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan juga merejam lembing.

Pihak penganjur mendapat kerjasama penuh daripada tuan rumah kejohanan iaitu SMK Belitong. Di samping menyediakan kemudahan peralatan sukan, pihak SMK Belitong juga telah menyediakan juga petugas-petugas terdiri daripada pengakap dan juga PBSM bagi melicinkan perjalanan. Pihak MSSZ Renggam/Layang-layang amat berterima kasih atas bantuan dari pihak SMK Belitong.


Hadiah-hadiah serta pingat kemenangan bagi acara padang telah disampaikan sejurus selepas acara padang tamat lebih kurang pukul 12.00 tengahari.


Untuk acara balapan pula akan diadakan pada keesokkan harinya yang akan melibatkan acara-acara 100 meter dan 200 meter terdiri dari kategori lelaki dan perempuan bawah 10 dan 12 tahun.
Posted by Zuri On 21:49 1 comment READ FULL POST
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM