08 March 2011

Acara balapan Kejohanan Balapan dan Padang SMMZ Renggam/Layang-layang pula diadakan pada 3 Mac 2011 iaitu sehari selepas acara padang dijalankan. Untuk acara balapan ini hanya 2 acara dipertandingankan iaitu acara 100 meter dan 200 meter melibatkan kategori lelaki dan perempuan bawah 10 dan 12 tahun.



Penganjur mendapatkan khidmat En. Zainordin bin Majid dari Sekolah Tinggi Kluang untuk menjadi pelepas kepada acara yang dipertandingkan. Acara berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak terutama pegawai-pegawai sukan dari sekolah-sekolah zon Renggam/Layang-layang.



Untuk edisi 2011, johan keseluruhan kejohanan adalah SJK(T) Bukit Renggam yang telah membawa pulang 4 emas, 3 perak dan 2 gangsa. Menurut En. Jumaat bin Hj. Mahadi, untuk tahun hadapan kejohanan akan diadakan di tempat yang sama tapi masanya dipendekkan menjadi sehari sahaja.

Dalam ucapan, beliau berterima kasih kepada semua petugas, pihak SMK Belitong dan juga pegawai sukan yang dilantik kerana memberi kerjasama yang baik untuk menajyakan kejohanan ini.
Posted by Zuri On 23:06 1 comment

1 Komen:

Zu said...

Bestnye glamour kejap. Cikgu fahdziha pun ada.

Cikgu Zuraida
SKBT

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM