18 December 2007


SK SERI KAMPUNG RENGGAM merupakan sebuah sekolah luar bandar yang terletak di sebuah kawasan perkampungan iaitu Kg. Tengah Renggam. Sekolah ini letaknya kira-kira 8 kilometer dari Pekan Renggam dan 28 kilometer dari bandar Kluang.Sekolah ini diasaskan oleh seorang penduduk tempatan bernama Tn. Hj. Mawardi bin Hj. Ikhsan di sekitar tahun 1948, di zaman penjajahan British. Sebuah bangunan sekolah telah didirikan secara gotong-royong diketuai oleh Allahyarham Hj. Tumin bin Wongso dan Allahyarham En. Beyek bin Kariya di atas sebidang tanah seluas 1 ekar 0 pol 12 rod yang telah diwakafkan oleh seorang penduduk iaitu Allahyarham Hj. Sirat bin Mustaffa. Bangunan sekolah ini pada asalnya berbentuk seperti pondok di mana tiang dan dindingnya diperbuat daripada kayu kayan hutan sementara atapnya dibuat daripada daun lalang dan berlantaikan tanah.
Dengan sedikit bekalan ilmu pengetahuan, Tn. Hj. Mawardi sendiri telah menjadi tenaga pengajar secara sukarela di sekolah ini.

Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, setahun kemudian pihak kerajaan telah memberi bantuan dengan membina sebuah bangunan yang lebih selesa. Bangunan ini merupakan bangunan papan yang beratapkan zing. Tenaga pengajar pula telah disediakan oleh pihak kerajaan.
Pada tahun 1973, sebuah bangunan kekal yang mengandungi 4 bilik darjah, pejabat, tandas, bilik guru serta bangunan kantin telah dibina. Pada tahun 1980 pula, sebuah lagi bangunan kekal yang mengandungi 2 bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah bilik tayang dan tandas telah dibina oleh Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1982, sebuah rumah guru telah dibina di kawasan sekolah. Pada tahun yang sama sebidang tanah seluas 1 ekar 0 pol 37 rod telah diwakafkan oleh Allahyarham Abd. Jalil bin Mohd Judy untuk dijadikan padang sekolah.

Mengikut arus perkembangan teknologi maklumat, pihak Kementerian Pelajaran telah membina sebuah makmal komputer yang menempatkan 13 buah komputer pada tahun 2002 bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Sehingga kini sekolah ini telah berjaya melahirkan ramai warga yang berjaya memenuhi keperluan tenaga kerja negara.
Posted by Zuri On 21:27 1 comment

1 Komen:

Zuri said...

Ini wajah SK Seri Kampung Renggam 2006.

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM