13 May 2012

 SK Seri Kampung Renggam telah mengadakan perkhemahan bersepadu untuk unit-unit badan beruniform di Pusat Kokurikulum di Ulu Dengar Kluang. Perkhemahan yang diadakan pada 11 dan 12 Mei 2012 itu disertai bersama dengan SK Jubli Intan Renggam. Kedua sekolah merancang perjalanan dan aktiviti sepanjang perkhemahan tersebut.

 Ativiti hari pertama dimulakan dengan pemasangan khemah serta ice-breaking yang diketuai oleh En. Roslan dan juga En. Aziz, 2 orang fasilitator merangkap jurulatih pusat kokurikulum tersebut.Peserta diajar bagaimana untuk emmacamg khemah jenis doom dan juga diberi peluang untuk mengenali peserta dari kedua buah sekolah terbabit. Pada masa ini juga peserta dibahagiakan kepada 7 buah kumpulan yang mengandungi campuran pelajar dari ekdua sekolah.



 Pada waktu malam, aktiviti persembahan bebas diadakan di mana kumpulan yang telah dibahagikan itu dikehendaki membuat persembahan berdasarkan cabutan yang telah dibuat. Peserta diberi minuman malam sebelum dibenarkan tidur pada pukul 11 malam di dalam khemah.



 Pada hari kedua, bebarapa aktiviti lebih menarik diberikan oleh jurulatih pusat kokurikulum kepada para peserta. Lebih kurang pukul 8 pagi lagi, para peserta dibawa ke hutan simpan Gunung Belumut dengan lori untuk melakukan beberapa aktiviti di sana.


 Untuk sampai ke tenpat aktiviti, para peserta terpaksa merentasi denai dan juga sungai. Apabila sampai di sana, para peserta diberi taklimat oleh En. Roslan mengenai aktiviti yang akan dijalankan.



 Di sini para peserta diajar cara untuk memasak telor dengan menggunakan bekas botol air minuman sebelum peserta dibawa untuk treaking dengan melalui laluan berlumpur yang terdapat di hutan simpan tersebut. Selepas itu para peserta dikehendaki memasaksendiri  untuk makan tengah hari mereka.





Peserta juga diajar bagaimana untuk menggunakan kompas di dalam hutan. Selain itu mereka juga diajar teknik apungan dengan menggunakan jaket keselamatan.Para peserta kembali ke pusat kokurikulum lebih kurang pukul 4 petang, selepas minum petang acara penutup dan penyampaian hadiah diadakan.Hadiah disampaikan oleh Pn. Rosmaliza bt Daim (GPK Kokurikulum SK Seri Kampung Renggam) untuk kumpulan yang menang dalam aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan selama 2 hari tersebut.






Posted by Zuri On 15:36 No comments

0 Komen:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM