16 May 2012

 16 Mei 2012, mungkin serentak dengan sekolah-sekolah lain di Malaysia, SK Seri Kampung Renggam hari ini menyambut Hari Guru dengan mengadakan  beberapa aktiviti bagi memeriahkan sambutan. Acara dimulakan dengan bacaan doa, ucapan murid dan juga guru besar. Kemudian GPK Kurikulum membacakan perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kemudian acara diteruskan dengan acara sukaneka antara guru-guru dan kakitangan sekolah.


 Guru-guru serta kakitangan dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk bertanding dalam beberapa acara sukaneka.Antara acara yang dipertandingkan ialah bawa air dalam tapak tangan,pergerakan spontan dan mencari barang.




 Selain acara sukaneka, pertandingan pingppong juga diadakan antara guru-guru dan kakitangan sekolah.Pertandingan diadakans ecara kalah amti dimenangi oleh En. Zuri bagi kategori lelaki dan Pn. Sarlina bagi kategori perempuan.



 Selepas rehat, acara pentas pula diadakan dengan beberapa kelas membuat persembahan untuk memeriahkan acara. Kemudianguru besar menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi beberapa acara yang diadakan.



Sebelum bersurai, guru-guru serta kakitangan menikmati jamuan.


"SELAMAT HARI GURU 2012"
Posted by Zuri On 16:15 No comments

0 Komen:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM