04 April 2010

Beberapa keping daripada gambar-gambar yang diambil dari album lama simpanan SK Seri Kampung Renggam. Ada antara gambar-gambar ini berusia lebih 15 tahun. Mungkin ada juga di kalangan murid yang di dalam gambar-gambar ini sudah berkeluarga dan berkemungkinan juga anaknya pun bersekolah di SK Seri Kampung Renggam.

Perbezaan ketika Mesyuarat Agung PIBG dulu dan kini. Jika dahulu, dewan penuh dengan ibu bapa yang hadir tetapi kini bilangan ibu bapa semakin berkurangan senada dengan kekurangan murid di SK Seri Kampung Renggam.

Ini kelas pra sekolah, kemungkinan tahun 1998 atau 99. Ketika itu guru pra sekolah adalah Pn. Siti Loyah. Kemungkinan murid-murid tahun tersebut dapat mengingati detik ini.


Gambar-gambar di atas saya tak pasti pada tahun berapa. Ini kerana peristiwa diatas tidak pernah saya lalui sedangkan saya di SK Seri Kampung Renggam sejak tahun 1996 lagi. Gambar-gambar diatas diambil sebelum tahun 1996 lagi.

Gambar ketika Majlis Hari Raya bersama penduduk kampung untuk menjayakan kutipan derma untuk membeli komputer bagi kegunaan kelas komputer. Ketika itu komputer adalah amat mahal dan amat terhad di sekolah-sekolah.

Aktivi gotong-royong penduduk kampung untuk memperbaiki jalan rosak dari Pekan Renggam hingga ke Kampung Tengah. Kerjasama antara penduduk kampung dan sekolah amat rapat. Boleh dikatakan segala aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah mendapat kerjasama sepenuhnya dari PIBG dan penduduk kampung.
 Lagi gambar dari Album Lama : Sini











































Add Image
Posted by Zuri On 18:48 2 comments

2 Komen:

Anonymous said...

gambar lama tu mungkin era 1980-1986, saya sekolah dulu.. masih ingat rupa cikgu-cikgu dulu. Harap usaha boleh ditambah dengan upload gambar-gambar noltalgia lain. Ianya bahan sejarah yang tidak mungkin boleh dilupakan.

Anonymous said...

Assalamualaikum wth. Sedih n sayu rasa bila tgk gmbr2 ni sume. Ada yg aku kenal kt dlm tu.Aku bljr kt sne sjk 1984~1989. Terlalu byk nostalgia pahit manis yg terpahat hingga kini lbih2 lg brsama cikgu Robani, Cikgu Zaleha & Ustaz Mat Lazim (Gmbr ke6 dr atas). Cikgu Masbon Muhadi x nmpk plk.Jwtn pling tinggi aku kt ctu pen.ketua pngwas n aktif koko. Rumah aku dkt dgn skolh,jalan kaki jer tp skrg tinggal knngan sumernya. Mak & bapak aku dh xde.Rasa mcm dh xde pemangkin utk aku ke kg lg tp segala jasa pngorbnan mereka ttp aku kenang hingga akhir hayatku. Ikhlas. Son Of Wak Sarpin.

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM