Showing posts with label PIBG. Show all posts
Showing posts with label PIBG. Show all posts

27 March 2016

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42 berlangsung hari ini dengan perasmian dilakukan oleh En. Shahat bin Md Shah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kluang Johor.

Pihak sekolah dan PIBG merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran ibu bapa pada mesyuarat agung PIBG kali ini dan juga kesudian Tuan Timbalan PPD Kluang En. Shahat bin MD Shah untuk merasmikan majlis.


 



Posted by Zuri On 20:28 No comments READ FULL POST

29 March 2015

Pada 28 Mac 2015, telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41 di Dewan Al-MAwardi SK Seri Kampung Renggam.
Ibu bapa mula hadir ke sekolah sejak dari jam 8.00 pagi dan majlis sepenuhnya bermula pada pukul 9.00 pagi.
 Mesyuarat Agung PIBG kali ini di rasmikan oleh YB Hj. Mutalip bin Hj. Abd Rahim, ADUN layang-layang yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Johor.


 Melalui mesyuarat ini pelbagai isu di bincangkan antara ibu bapa dan pihak sekolah. Pemilihan jawatankuasa PIBG yang baru juga dibuat. Walau bagaimanapun hadirin dengan sebulat suara mengundi untuk mengekalkan AJK yang lama untuk sesi 2015 - 2017.




 Ibu bapa juga bertungkus lumus menyediakan juadah untuk para hadirin. Terima kasih untuk semua.


Posted by Zuri On 08:35 1 comment READ FULL POST

05 April 2013

Tanggal 30 Mac 2013, telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 SK Seri Kampung Renggam bertempat di Dewan Al-Mawardi pada jam 2.00 petang. Majlis dirasmikan oleh Penghulu Mukim Renggam, Yang Berusaha Tn. Hj Musa Bin Marzuki. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Zabri B. Kamdi. Disusuli dengan ucapan pembukaan oleh Guru Besar SK Seri Kampung Renggam,En Jumaat B. Hj Mahadi. 

 Antara agenda majlis ialah pembentangan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2012 ,  pelantikan AJK bagi sesi 2013 dimana En.Saminan telah dilantik menjadi YDP PIBG dan Pn. Zabedah pula dilantik sebagai Naib YDP PIBG. Manakala AJK -AJK yang lain dikekalkan. 

Selain daripada itu, mesyuarat juga membentangkan tentang SARANA IBU BAPA yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang telah disampaikan oleh Pn.Hjh.Zaleha Bt. Salleh. Majlis berakhir jam 5.30 petang

Ketibaan Tn. Hj. Musa B. Marzuki


Antara VIP yang hadir




Antara ibu bapa yang hadir



Ketibaan para penjaga untuk mendaftar kehadiran di kaunter urusetia


Posted by Zuri On 15:00 No comments READ FULL POST

15 April 2012

PIBG SK Seri Kampung Renggam berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya untuk kali ke 38 pada 14 April yang lalu. Kali ini mesyuarat agung dirasmikan oleh Tn. Hj. Ismail bin Md. Nor - Timbalan Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Negeri Johor. Ketibaan beliau disambut oleh pukulan kompang dan bunga manggar oleh murid-murid SK Seri Kampung Renggam.

Majlis yang bermula seawal 8.30 pagi ddimulakan dengan bacaan doa, seterusnya persembahan nasyid oleh murid-murid tahun 5 dan tahun 6. Kemudian acara diteruskan dengan ucapan guru besar, YDP PIBG -Tn. Hj. ahamad bin Hussin dan seterusnya ucapan dan perasmian oleh Tn. Hj. Ismail .
Dalam ucapannya Tn. Hj. Ismail menjanjikan imbuhan kepada pelajar yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2011 dan juga untuk tahun 2012 yang akan datang. Beliau juga berjanji untuk menyumbangkan secara peribadi derma untuk keceriaan sekolah.

Pihak sekolah dan PIBG mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian beliau untuk hadir dan seterusnya merasmikan mesyuarat agung PIBG SK Seri kampung Renggam untuk kali ke 38.

Untuk pemilihan AJK yang baru, kesemua AJK yang berkhidmat untuk sesi 2010/2012 dikekalkan sebulat suara oleh hadirin untuk emnyambung khidmat sehingga sesi berakhir 2014.
Sebelum majlis berakhir lebih kurang pukul 12.00 tengahari, acara cabutan bertuah dan sedikit jamuan ringan diadakan untuk kesemua hadirin.
Posted by Zuri On 08:48 No comments READ FULL POST

04 April 2012


Antara gambar-gambar Program Guru Penyayang yang dilancarkan di SK Seri Kampung Renggam yang lepas. Guru-guru menunggu kehadiran murid-murid di pintu masuk sekolah dengan mengalu-alukan kehadiran mereka sambil diberi cenderamata.



Posted by Zuri On 16:10 No comments READ FULL POST

05 January 2012

Sesi persekolahan 2012 bermula semalam 4 Januari 2012 si SK Seri Kampung Renggam. Pelbagai reksi pelajar terutama murid prasekolah mencetus pelbagai situasi di ahri pertama persekolahan. Rata-rata murid-murid Tahun 1 hingga 6 dapat menyesuaikan diri dengan selesa pada hari pertama ini.

Sesi 2012 bermula dengan enrolmen murid seramai 104 orang, 15 orang guru dan 4 orang kakitangan sokongan. Hari pertama, sesi pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan sempurna di semua kelas. Kelas-kelas telah dilengkapi dengan meja dan kerusi yang baru.



Untuk Tahun 1, program transisi telah dijalankan dengan baik oleh guru-guru mata pelajaran yang mengajar tahun 1.
Posted by Zuri On 14:17 No comments READ FULL POST

17 November 2011

Pihak SK Seri Kampung Renggam telah mengadakan majlis penyerahan bantuan RM100 kepada ibu bapa/penjaga murid sempena bajet 2012 yang dibentangkan baru-baru ini bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa/penjaga untuk persekolahan anak-anak.

Majlis tersebut diadakan pada 15 November di Dewan Al-Mawardi, SK Seri Kampung Renggam. Sebelum penyerahan bantuan dibuat, guru besar En. Jumaat Bin Hj. Mahadi telah menyampaikan taklimat berkenaan bantuan tersebut. Hampir kesemua ibu bapa/penjaga hadir pada majlis tersebut.

Pada majlis tersebut juga, ibu bapa mengambil peluang untuk menjelaskan pembayaran bagi alat tulis serta buku kerja bagi persekolahan anak mereka untuk tahun 2012.
Posted by Zuri On 08:30 No comments READ FULL POST

21 April 2011

Pihak PIBG SK Seri Kampung Renggam dengan jayanya telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37 pada 16 April 2011 yang lalu. Mesyuarat yang diadakan pada pagi Sabtu itu telah dihadiri oleh ibu bapa murid serta guru -guru SK Sei Kampung Renggam.

Mesyuarat yang berlangsung pada pukul 8.30 pagi itu telah dirasmikan oleh En. Taib bin Kosman, wakil khas Ahli Parlimen Simpang Renggam iaitu YB Liang Teck Meng yang tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen tugasan lain di Sarawak.

Kedatangan En. Taib disambut dengan paluan kompang serta iringin bunga manggar oleh murid-murid SKSKR. Kemudian sebelum ucapan alu-aluan serta perasmian, para hadirin serta jemputan telah dihiburkan dengan persembahan oleh sebahagian murid SKSKR.

Di dalam ucapan En. Taib, beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan mengadakan mesyuarat agung PIBG dalam masayang telah ditetapkan. Beliau juga mengucapkan tahniah atas kejayaan sekolah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam bidang akedemik di peringkat daerah serta juga negeri.
Mesyuarat kemudian diteruskan dengan pembentangan penyata tahunan, penyata kewangan serta perkara-perkara berbangkit yang timbul dalam mesyuarat agung PIBG yang lepas. Setiap isu yang timbul telah cuba diselesaikan dengan sebaik mungkin oleh pihak sekolah dan juga PIBG.

Di akhir majlis, cabutan nombor bertuah telah diadakan sebelum jamuan ringan mengakhiri Mesyaurat Agung PIBG Kali Ke 37 yang berakhir lebih kurang pukul 12.30 tengahari.
Posted by Zuri On 08:15 No comments READ FULL POST
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM