Showing posts with label Renggam. Show all posts
Showing posts with label Renggam. Show all posts

26 May 2016

Persembahan multimedia sempena majlis persaraan En Jumaat bin Hj Mahadi Guru Besar SK Seri Kampung Renggam yang berlangsung pada hari Selasa 24 Mei 2016. Walau bagaimanapun beliau akan bersara pada 2 Julai 2016. Majlis ini di awalkan memandangkan pada tarikh persaraannya jatuh pada akhir Ramadan.


Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan majlis ini terutama ajk PIBG yang turut sama bermandi peluh dalam menjayakan majlis tersebut. IsyaAllah gambar-gambar berkaitan dengan majlis ini akan dimuat naik kemudian nanti.

Videonya : 

Posted by Zuri On 19:58 No comments READ FULL POST

01 May 2016

En. Jumaat bin Hj Mahadi guru besar SK Seri Kampung Renggam akan bersara pada awal bulan Julai. Walau bagaimanapun majlis persaraannya akan diadakan pada akhir bulan Mei memandangkan pada bulan Julai adalah bulan Ramadhan jadi majlisnya di perawalkan.

Berikut adalah video promo bagi persaraan beliau itu :








Posted by Zuri On 09:23 No comments READ FULL POST

04 April 2010

Beberapa keping daripada gambar-gambar yang diambil dari album lama simpanan SK Seri Kampung Renggam. Ada antara gambar-gambar ini berusia lebih 15 tahun. Mungkin ada juga di kalangan murid yang di dalam gambar-gambar ini sudah berkeluarga dan berkemungkinan juga anaknya pun bersekolah di SK Seri Kampung Renggam.

Perbezaan ketika Mesyuarat Agung PIBG dulu dan kini. Jika dahulu, dewan penuh dengan ibu bapa yang hadir tetapi kini bilangan ibu bapa semakin berkurangan senada dengan kekurangan murid di SK Seri Kampung Renggam.

Ini kelas pra sekolah, kemungkinan tahun 1998 atau 99. Ketika itu guru pra sekolah adalah Pn. Siti Loyah. Kemungkinan murid-murid tahun tersebut dapat mengingati detik ini.


Gambar-gambar di atas saya tak pasti pada tahun berapa. Ini kerana peristiwa diatas tidak pernah saya lalui sedangkan saya di SK Seri Kampung Renggam sejak tahun 1996 lagi. Gambar-gambar diatas diambil sebelum tahun 1996 lagi.

Gambar ketika Majlis Hari Raya bersama penduduk kampung untuk menjayakan kutipan derma untuk membeli komputer bagi kegunaan kelas komputer. Ketika itu komputer adalah amat mahal dan amat terhad di sekolah-sekolah.

Aktivi gotong-royong penduduk kampung untuk memperbaiki jalan rosak dari Pekan Renggam hingga ke Kampung Tengah. Kerjasama antara penduduk kampung dan sekolah amat rapat. Boleh dikatakan segala aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah mendapat kerjasama sepenuhnya dari PIBG dan penduduk kampung.
 Lagi gambar dari Album Lama : Sini











































Add Image
Posted by Zuri On 18:48 2 comments READ FULL POST
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM