19 November 2009

Alhamdulillah hari ini 19 November 2009, keputusan Peperiksaan UPSR secara rasminya telah diumumkan di seluruh negara. Guru Besar, En. Jumaat serta Pn. Hadhirah Abu Samah (Setiausaha Peperiksaan SKSKR) telah ke PPD Kluang untuk mengambil keputusan peperiksaan UPSR ini bagi SK Seri Kampung Renggam. Lebih kurang pukul 10.00 pagi Guru besar telah sampai ke sekolah bersama-sama dengan keputusan rasmi UPSR. Guru-guru serta calon-calon UPSR tidak sabar untuk melihat keputusan sebenar setelah bertungkus lumus mengajar dan belajar untuk menghadapi UPSR ini. Untuk pengetahuan calon UPSR dari sekolah ini adalah seramai 25 orang.

SK Seri Kampung Renggam mendapat keputusan yang amat membanggakan di mana 4 orang mendapat 5A dan 3 lagi mendapat 4A1B. Peatus keseluruhan adalah 96%. Peratus menguasai Bahasa Melayu Kefahaman 100%, Bahasa Melayu Penulisan 100%, Sains 100%, Bahasa Inggeris 100%, manakala Matematik mendapat 96% dengan seorang calon gagal. Gred purata keseluruhan adalah 1.73.

Barisan calon yang mendapat 5A dari kiri, Yusri bin Marsiken, Nurul Syuhada bt. Kadir, Siti Nuraisyah bt. Mohd Razali dan Nur Syuhada bt Jamiran.

Barisan calon yang mendapat 4A1B iaitu dari kiri Noor Hazira bt Sangaiman, Mohamad Firdaus bin Shahrodin dan Nur Mizatulamnee bin Mohamad Rafiee.


Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada semua calon yang mendapat keputusan yang cemerlang dan begitu juga untuk semua calon yang mengharumkan nama sekolah dalam UPSR.
Posted by Zuri On 16:05 3 comments

3 Komen:

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DUSUN NYIOR said...

Tahniah di atas kejayaan sekolah anda dalam UPSR 2009. Teruskan usaha ini.

HO,Bekas Pelajar SKSKR 1981-1986 said...

Tahniah adik-adik/ anak-anak SKSKR yang berjaya dengan amat cemerlang! Teruskan kejayaan ini.

Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa. Perjalanan masih jauh. Lipat gandakan usaha untuk kejayaan akan datang.

Buat calon-calon UPSR akan datang, jadikan kejayaan ini sebagai contoh untuk kejayaan seterusnya.

Syabas kepada warga pendidik yang gigih mendidik warga kampungku...

Daripada - HO,bekas pelajar SKSKR 1981-1986

Anonymous said...

Yusri Bin Marsiken a.k.a 'The Milo'... Pelajar MRSM Batu Pahat...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM