18 November 2009

Majlis Hari Anugerah Cemerlang untuk pelajar-pelajar SK Seri Kampung Renggam berjaya di adakan hari ini dengan jayanya. Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh En. Sajar bin Kumin iaitu Ketua Kampung, Kampung Tengah Renggam.

Majlis yang berlangsung bermula jam 10.30 pagi memberikan penghargaan kepada murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun yang lalu. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn. Hj. Jani bin Selamat, Iman Masjid Jamek Kg. Tengah kemudian diikuti oleh Ucapan Guru Besar dan seterusnya ucapa perasmian oleh En. Sajar bin Kumin.

Penyampaian hadiah pula disempurnakan oleh En. Sajar bin Kumin, Pn. Paijah bt Kassan ( naib YDP PIBG) serta En. Jumaat bin Hj. Mahadi (Guru Besar). Para hadirin yang terdiri dari murid-murid dan sebilangan ibu bapa dihiburkan dengan beberapa persembahan oleh murid-murid SK Seri Kampung Renggam.

Majlis tamat lebih kurang pukul 12.00 tengahari dengan jamuan untuk para tetamu dan dif-dif jemputan.
Posted by Zuri On 15:04 No comments

0 Komen:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM