Aktiviti Kembara
Pada hari Sabtu, selepas para peserta perkhemahan menyediakan sandwich untuk pertandingan, mereka dikehendaki mengikuti aktiviti kembara mengikut trek yang telah disediakan.

Perjalanan mereka sepanjang lebih kurang 4km yang bermula dari sekolah dan berakhir pun di sekolah. Sepanjang jalan ini mereka akan melalui kawasan kampung, kebun getah dan kelapa sawit, tepi sungai dan juga kawasan denai.

Mereka akan menempuh 5 stesen yang telah ditetapkan. Setiap stesen akan menempatkan 2 orang guru bertugas yang akan memberikan mereka tugasan sebelum mereka dapat meneruskan perjalanan mereka ke stesen yang berikutnya.

Anda aktiviti yang perlu dilakukan oleh para peserta adalah menjawab teka silangkata di stesen 1, menyusun nombor berjiran di stesen 2, menyusun nama perdana menteri Malaysia mengikut urutan di stesen ketiga dan membuat origami 5 burung merpati di setesen yang keempat.

Penyediaan aktiviti fi setiap stesen adalah untuk meberi peluang kepada para peserta aktiviti untuk berehat memandangkan mereka memerlukan tenaga untuk menamatkan perjalanan.
Di salah satu stesen para peserta dikehendaki memasak mee segera untuk mereka menjamu selera. Aktiviti ini adalah untuk melatih mereka menyediakan juadah yang ringkas bagi sesuatu aktiviti seperti aktiviti kembara ini.

Lagi gambar menarik di bawah ini.



















0 Komen:
Post a Comment