01 April 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 36 bagi SK Seri Kampung Renggam telah berlangsung pada hari Rabu, 31 Mac 2010. Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Al Mawardi, SK Seri Kampung Renggam telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Norain bin Sulong, Penyelia Kanan Buku Teks (SPBT) JPN Johor. Tn. Hj. Norain juga merupakan mantan guru besar sekolah ini dari tahun 1996 hingga 1999.

Majlis yang bermula jam 2.30 petang dihadiri oleh para ibu bapa dan juga guru-guru. Pada mesyuarat kali ini juga pemilihan semula AJK telah diadakan. En. Ahamad bin Hussin telah dilantik semula sebagai YDP PIBG mana En. Mohamad Mahmud bin Sarijan dipilih sebagai Naib YDP PIBG menggantikan Pn. Paijah bt Kasan. Manakala ramai muka baru menganggotai barisan ahli jawatankuasa.

Ketibaan Tn. Hj. Norain disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar oleh barisan murid SK Seri Kampung Renggam. Selepas bacaan doa, jemputan dihidangkan dengan persembahan lagu sekolah dan nasyid oleh murid-murid.

Di akhir mesyuarat, cabutan bertuah diadakan untuk memeriahkan majlis dan sebelum majlis bersurai para ibu bapa dihidangkan dengan sedikit jamuan ringan. Majlis bersuai lebih kurang pukul 6.00 petang.
Posted by Zuri On 08:03 No comments

0 Komen:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM