Hari kedua Kejohanan Balapan dan Padang berlangsung acara balapan bagi acara-acara 100 meter dan 200 meter. Sebanyak 38 saringan dan acara akhir dipertandingkan melibatkan kedua acara tersebut.
Dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSZ Renggam/Layang SK Bandar T6 mengondol johan keseluruhan dan juga olahragawan, manakala SK Pekan Layang-layang mendapat tempat kedua dan juga membawa balik gelaran olahragawati.
Acara penutup disempurnakan oleh En. Jumaat bin Hj. Mahadi (Guru Besar SK Seri Kampung Renggam) selaku pengerusi MSSZ Renggam/Layang dan pengelola kejohanan.
Hadiah-hadiah kejohanan disampaikan oleh guru-guru besar yang hadir ke acara penutup tersebut.
"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian."
0 Komen:
Post a Comment