03 March 2011


Kejohanan Balapan Dan Padang MSSZ Renggam berlangsung bermula hari ini 2 Mac 2011 hingga esok 3 Mac 2011. Walau bagaimanapun hari ini cuma berlangsung acara-acara padang iaitu lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan juga merejam lembing.

Pihak penganjur mendapat kerjasama penuh daripada tuan rumah kejohanan iaitu SMK Belitong. Di samping menyediakan kemudahan peralatan sukan, pihak SMK Belitong juga telah menyediakan juga petugas-petugas terdiri daripada pengakap dan juga PBSM bagi melicinkan perjalanan. Pihak MSSZ Renggam/Layang-layang amat berterima kasih atas bantuan dari pihak SMK Belitong.


Hadiah-hadiah serta pingat kemenangan bagi acara padang telah disampaikan sejurus selepas acara padang tamat lebih kurang pukul 12.00 tengahari.


Untuk acara balapan pula akan diadakan pada keesokkan harinya yang akan melibatkan acara-acara 100 meter dan 200 meter terdiri dari kategori lelaki dan perempuan bawah 10 dan 12 tahun.
Posted by Zuri On 21:49 1 comment

1 Komen:

Zu said...

Eh eh,, ter enterframe lak.. Haha

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM