01 January 2011

Sebelum penggal baru di tahun 2011 bermula, SK Seri Kampung Renggam membuat persediaan awal dengan mengadakan mesyuarat pengurusan sekolah, panitia serta penjualan buku-buku tulis kepada pelajar-pelajarnya.

Mesyuarat Pengurusan Sekolah 2011 telah diadakan pada 27 Disember 2010 yang lalu. Melalui mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Jumaat bin Hj. Mahadi (Guru Besar) ini guru-guru didedahkan dengan program-program dalam kurikulum, HEM sera kokurikulum yang telah dirancang untuk tahun 2011. Pada mesyuarat ini juga guru-guru diberi jadual waktu mengajar mengikut kelas masing-masing.


Mesyuarat panitia-panitia pula diadakan keesokkan harinya iaiitu pada 28 Disember 2010. Banyak panitia mengadakan mesyuarat pada hari ini, manakala selebihnya adalah apda 30 Disember 2010 nanti.

Bagi melincinkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran pada 1 Januari 2011 nanti, proses penjualan buku-buku tulis serta alatan sekolah ditelah dijalankan pada 30 Disember lepas. Ramai ibu bapa mengambil peluang pada hari ini untuk membeli keperluan sekolah anak masing-masing.

Bagi tahun satu pula telah diadakan taklimat transisi serta LINUS oleh guru-guru terbabit bertempat di makmal Komputer. Semoga perjalanan pengurusan sekolah untuk tahun 2011 ini berjalan lancar dan lebih mencerahkan kejayaan.
Posted by Zuri On 12:46 No comments

0 Komen:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM