
Hari pertama sesi persekolahan 2011 bagi SK Seri Kampung Renggam berjalan dengan lancar hari ini. Murid-murid hadir seawal 6.50 pagi lagi dengan semangat yang tinggi untuk memulakan persekolahan. Sesi 2011 ini dimulakan dengan perhimpunan pagi dengan hadirin membaca Husna Al-Husna serta menyanyikan lagu NegaraKu, Bangsa Johor dan Lagu Sekolah.

Seterusnya guru besar, En. Jumaat bin Hj. Mahadi memberikan ucapan kepada murid dan juga guru-guru. Beliau mengucapkan selamat kembali kesekolah buat semua murid. Harapan beliau agar murid-murid memberi kerjasama dan juga berkerja keras untuk mengekalkan kecemerlangan SKSKR di daerah Kluang dan juga di peringkat negeri Johor.

Terdapat juga ibu bapa yang terpaksa menemani anak-anak mereka buat seketika di awal pagi memandangkan anak mereka belum biasa dengan suasana sekolah terutama pelajar prasekolah.
0 Komen:
Post a Comment