
Pada 15 November 2010, bertempat di Dewan Al-Mawardi, berlangsung Majlis Anugerah Cemerlang 2010 bagi SK Seri Kampung Renggam. Walaupun ianya dibuat secara tertutup, pihak sekolah mengundang Tn. Hj. Jaapar bin Maamun iaitu Penyelia Kakan Sekolah Rendah PPD Kluang.

Majlis yang bermula pada pukul 9.00 pagi itu adalah bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang murid-murid dalam peperiksaan akhir tahun yang lalu serta juga sumbangan mereka kepada persatuan, kelab dan sekolah.

Tn. Hj. Jaapar sendiri berkenan menyampaikan hadiah kepada para pelajar cemerlang UPSR 2010 sebelum berngkat pulang ke PPD kerana ada urusan yang lain.
0 Komen:
Post a Comment