Acara merentas desa sempena Kejohanan Sukan Tahunan 2009 telah diadakan pada hari ini. Acara merentas desa ini disertai oleh murid-murid tahun 3 dan 4 (kategori B) serta murid tahun 5 dan 6 (kategori A).
Acara yang bermula pada pukul 8. 30 pagi itu telah dilepaskan oleh Guru Besar, En. Jumaat bin Hj. Mahadi. Kesemua murid yang menyertai acara merentas desa ini telah berjaya menamatkan perlumbaan yang sejauh 4 km.
Hadiah disediakan untuk kedudukan pertama hingga kesepuluh setiap kategori ( lelaki dan perempuan). Hadiah-hadiah akan disampaikan pada Kejohanan Sukan Tahunan nanti. Acara merentas desa selesai lebih kurang pukul 9.30 pagi.
Keputusan acara merentas desa ini boleh didapati pada En. Adnan bin Abd Rahman selaku Setiausaha Sukan SKSKR.
0 Komen:
Post a Comment