Sambutan sempena Maal Hijrah 1430 diadakan di Dewan Al-Mawardi SK Seri Kampung Renggam pada hari Jumaat, 23 Januari 2009 .


Acara dipenuhi dengan persembahan nasyid oleh murid-murid SKSKR, ceramah oleh Ustazah Norazura -
Guru Pendidikan Islam SKSKR dan penyampaian hadiah beberapa pertandingan yang telah diadakan sebelum itu.

Pihak sekolah juga menyediakan bubur asyura untuk diagihkan kepada murid-murid, kakitangan dan guru-guru SKSKR. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada penderma dan juga penyumbang dalam menjayakan sambutan Maal Hijrah kali ini.
0 Komen:
Post a Comment