01 February 2009

Kesemua murid tahun 4, 5 dan 6 serta ibu bapa mereka terlibat dalam program Motivasi Keibupaan ini. Motivasi ini yang dianjurkan oleh pihak sekolah mendedahkan kepada ibu bapa dan murid-murid itu sendiri peranan mereka dalam membentuk jati diri murid dan peranan ibu bapa dalam membentuk anak-anak mereka untuk menjadi insan yang modani, cekal dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.


Program ini yang diadakan pada hari Sabtu, 31 Januari 2009 bertempat di Dewan Al-Mawardi SK Seri Kampung Renggam dipimpin oleh En. Aziz bin Hj. Ismail , Kaunselor SMK Dato abdul Rahman Andak (SDARA).

Ceramah beliau yang hampir 3 jam memberi kesan mendalam kepada ibu bapa serta murid-murid itu sendiri.

Selepas program ini, perjumpaan ibu bapa tahun 6 dengan guru-guru tahun 6 berlangsung. Tujuannya adalah untuk sama-sama berbincang serta sumbang-saran untuk kemajuan dan program serta hala tuju murid-murid dalam menghadapi peperiksaan UPSR 2009.
Posted by Zuri On 12:03 No comments

0 Komen:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM