29 February 2012

Pemenang Hari Pertama Kejohanan

Kejohanan Balapan dan Padang MSSZ Renggam/Layang-layang 2012 berjalan lancar hari ini di Mini Stadium SMK Belitong, Kluang. Pada hari ini hanya acara padang yang dipertandingkan iaitu acara lompat jauh, lompat tinggi, merejam lembing dan lontar peluru bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 10 dan 12 tahun.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh En. Jumaat bin Mahadi, guru besar SK Seri Kampung Renggam selaku pengerusi kejohanan, En. Shariff, guru besar SK Ladang Bukit Benut dan En. Khadam bin Shukur, guru besar SK LKTP Belitong.


Sebahagian dari pegawai yang bertugas, terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Acara balapan pula akan dipertandingkan pada 1 Mac 2012 melibatkan acara 100 meter dan 200 meter bagi kategori lelaki dan perempuan abwah 10 dan 12 tahun
Posted by Zuri On 19:01 No comments READ FULL POST

27 February 2012


Pihak sekolah dalam MSSZ Renggam/Layang diharapkan dapat memuat turun surat perlantikan pegawai Kejohanan Padang dan Balapan MSSZ Renggam 2012 dan yang berkaitan yang disertakan ini.


Untuk makluman acara padang akan diadakan pada 29 Februari 2012 bermula 8.00 pagi manakala acara balapan pula akan diadakan pada 1 Mac 2012 bermula 8.00 pagi. Semoga pegawai-pegawai kejohanan yang dilantik dapat hadir pada masa yang telah ditetapkan supaya perjalanan kejohanan berjalan dengan lancar.
Posted by Zuri On 22:41 No comments READ FULL POST

22 February 2012


Berikut adalah senarai sekolah yang telah menghantar Borang Peserta / Pegawai bagi Kejohanan Balapan dan Padang MSSZ Renggam / Layang-layang 2012 :

1. SK Seri Kampung Renggam - 2 Pegawai.
2. SK Bukit Tongka
t - 2 Pegawai.
3. SK Bandar Renggam - 3 Pegawai
4. SK Jubli Intan - 2 Pegawai.
5. SJK(C) Chin Chang - 2 Pegawai.
6. SK Ldg Ulu Remis - 2 Pegawai.
7. SK Ulu Penggeli - 2 Pegawai.
8. SK LKTP Belitong - 3 Pegawai.
9. SJK(T) Ladang Layang - 2 Pegawai.
10. SJK(C) Sayong - 2 Pegawai.
11. SK Ladang Bukit Benut - 2 Pegawai.
12. SJK(T) Ladang Sembrong- Borang kosong.
13. SJK(C) Layang-layang - 3 Pegawai.
14. SJK(T) Ladang Ulu Remis - 2 Pegawai.
15. SJK(T) Jalan Bukit Renggam - 2 Pegawai.
16. SK Pekan Layang-layang - 3 Pegawai.
17. SK Bandar T6 - 5 Pegawai.
18. SJK(T) Ladang Bukit Benut - 2 Pegawai.



Senarai ini akan diupdate dari semasa ke semasa.




Pembetulan untuk acara Lelaki /Perempuan Bawah 10. Acara LONTAR PELURU dan REJAM LEMBING untuk kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 10 tidak dipertandingkan. Cell dalam borang sudah diperbetulkan. Borang terkini boleh dimuat turun melalui pautan berkenaan. Segala kesilapan amatlah dikesalkan. Terima kasih.
Posted by Zuri On 15:57 No comments READ FULL POST

15 February 2012

Mesyuarat pengelolaan Kejohanan Padang dan balapang MSSZ Renggam/Layang-layang 2012 akan diadakan seperti mana berikut :

Tarikh : 16 Februari 2012 Hari : Khamis. Tempat : PKG Bandar Renggam. Masa : 2.00 Petang.



Mesyuarat akan membincangkan mengenai perjalanan kejohanan tersebut yang akan diadakan pada 29 Februari dan 1 Mac 2012 bertempat di Mini Stadium, SMK Belitong, Kluang.

Kepada sekolah ahli MSSZ Renggam/Layang-layang boleh memuat turun Borang Pendaftaran Peserta dan Pegawai melalui pautan di bawah ini :




Borang pendaftaran yang telah siap disi hendaklah diemailkan terus ke alamat berikut untuk urusan sekolah pengelola selewat-lewatnya 24 Februari 2012.

skskr_renggam@yahoo.com atau zuriazani03@yahoo.com

Tindakan dan kerjasama daripada sekolah -sekolah Zon Renggam/Layang-layang diucapkan ribuan terima kasih.

* Pindahan tarikh terpaksa diubah kerana tarikh kejohanan asala bertembung dengan tarikh UPPM 1. Oleh sebab itu juga tarikh penghantaran borang peserta dan pegawai kejohanan hendaklah selewat-lewatnya 24 Februari 2012.
Posted by Zuri On 15:21 2 comments READ FULL POST

03 February 2012

Latar Belakang

Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar Negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar Negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

Definisi

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Tujun

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia

Pelaksanaan

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah ;

• Jawatankuasa Pemilihan Sekolah – dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
• Panel Penasihat – dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad.
• Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)

Pelaksana sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumni, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.

Kriteria Pemilihan Sekolah Kluster

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut :

• Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
• Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya dan Sekolah Model Khas.
• Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menegah Pendidikan Khas(SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPKV).
• Sekolah Antarabangsa dan Sekolah swasta
• Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

• Prasyarat Pertama
- Pengukuhan Standard Sekolah
• Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
• Prasyarat Kedua
• Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)
• Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:

- SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
- SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
- SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
- sm Harian : gps 4.0 dan ke bawah

• Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah)
• Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
• Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
• GPS UPSR : 2 dan ke bawah

Syarat pemilihan

• Kecemerlangan murid dalam aspek :

i) Akademik
ii) Kokurikulum
iii) Sahsiah

• Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan
• Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum
• Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti
• Pengurusan pengajian dan pembelajaran yang berkesan
• Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan
• Keberkesanan pelaksanaan program KPM
• Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilih adalah seperti berikut ;

• Langkah 1: Penerimaan pencalonan
• Langkah 2: Penilaian menggunakan instrument SKPM dan Annex
• Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
• Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-Hal Profesional
• Langkah 5 : Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
• Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran


Pengurusan Sekolah Kluster

Pemimpin sekolah kluster ialah :

• Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
• Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
• Jawatan : school-based post

Guru-guru sekolah kluster pula :

• Memenuhi criteria Guru Cemerlang
• Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster
• Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
• Nisbah kelas : guru ialah 1:2

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster :

• Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
• Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
• Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah

• Berpandukan

Key Performance Indicator (KPI)

i) pengurusan sumber manusia dan fizikal
ii) sumber kewangan
iii) pembangunan profesionalisme staf
iv) program kurikulum dan kurikulum berkesan
v) lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah

Autonomi Sekolah :

Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berikut :

• Umum (untuk semua sekolah)
• Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada :

• Pematuhan piawai yang berikut:

i) Akta Pendidikan 1996
ii) Sistem Pendidikan Kebangsaan
iii) Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat siaran
iv) SKPM

Senarai Bidang Autonomi

i) Pengurusan Sekolah
ii) Pengurusan Sumber Manusia
iii) Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
iv) Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
v) Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum.

* SK Seri Kampung Renggam dicalonkan sebagai Sekolah Kluster bagi tahun 2012.

Posted by Zuri On 20:12 No comments READ FULL POST

02 February 2012



Hari ini sekolah didatangi oleh 3 orang dari Jemaah Nasir Sekolah dari Kementerian Pelajaran dan juga JPN Johor untuk melakukan pemantauan bagi "New Deal" untuk guru besar. Pihak nazir akan melakukan pemantauan bagi aspek-aspek yang telah ditentukan.

Seawal ketibaan Jemaah Nazir lebih kurang pukul 8.00 pagi, pihak sekolah diketuai oleh guru besar memberi taklimat mengenai profil sekolah, analisis peperiksaan dan sebagainya kepada rombongan jemaah nazir. Kemudian diikuti sesi maklum balas dan soal jawab antara pihak sekolah dan juga jemaah nazir.

Pemantau pembelajaran dan pengajaran juga dilakukan oleh jemaah nazir dimana guru besar En. Jumaat sendiri diselia sesi pengajarannya. Selain guru besar, pihak nazir juga memantau dan menyelia pengajaran Pn. Hjhj. Zaleha bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Pn. Hadhirah Abu Samah untuk pengajaran Sains.

Penyeliaan fail-fail wajib berkaitan sekolah juga dilakukan oleh pihak nazir. Antaranya ialah fail panitia mata pelajaran, pusat sumber, pencerapan guru, penyeliaan buku rampaian murid, LDP, kewangan dan lain-lain lagi. Selain itu rekod-rekod kehadiran guru dan kakitangan, rekod penggunaan bilik-bilik khas, buku rekod rancangan harian dan sebagainya.



Sesi pemantauan, penyeliaan dan perbincangan antara pihak nazir dan sekolah berakhir lebih kurang pukul 5.30 petang.
Posted by Zuri On 20:02 No comments READ FULL POST
SK Seri Kampung Renggam buat kali pertama menyertai pertandingan badminton peringkat MSSZ Renggam Layang-layang yang berlangsung di SJK (C) Chin Chang, Renggam.


Acara yang dipertandingkan adalah acara perseorangan lelaki dan perempuan serta bergu lelaki dan perempuan. Pertandingan kali ini disertai oleh 7 buah sekolah dalam zon Renggam/Layang-layang.


Pencapaian SK Seri kampung Renggam dalam penyertaan sulong ini ialah bagi perseorang lelaki, 2 peserta berjaya sampai ke peringkat suku akhir manakala pasukan bergu pula kandas pada pusingan awal. Semoga selepas ini pasukan SK Seri kampung Renggam akan beroleh kejayaan dalam sukan badminton pulak.

Posted by Zuri On 11:56 No comments READ FULL POST
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM