Kem Membaca 1 Malaysia secara rasminya dilancarkan di peringkat SK Seri Kampung Renggam pada 2 November 2009. Pelancaran disempurnakan oleh Guru Besar, En. Jumaat bin Hj. Mahadi ketika majlis perhimpunan pagi.
Selepas ucapan pelancaran oleh Guru Besar, beberapa acara diisi sempena hari pelancaran tersebut. Antaranya adalah nyanyian lagu Budaya Membaca, Mendeklamasi sajak serta syair oleh murid-murid SK Seri kampung Renggam.
Sepanjang minggu ini akan berlangsung beberapa program yang telah dirancang bersempena Kem Membaca 1 Malaysia ini. Antara program yang dirancang adalah Sehari Bersama Buku, Pertandinagn Teka Silang Kata, Sinopsis Buku, Mewarna dan beberapa acara lagi.


0 Komen:
Post a Comment