07 November 2009

Aktiviti perkhemahan bersepadu bagi pasukan beruniform iaitu Pengakap, Pertubuhan Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah dengan jayanya diadakan pada 6 hingga 7 November yang lalu. Perkhemahan yang asalnya dijadual diadakan di kem Korikulum Ulu Dengar terpaksa diubah ke pada sekolah kerana kebenaran dibatalkan oleh JPN Johor gara-gara kes kemalangan yang berlaku di Kem Korikulum Kuala Dipang di Perak tempoh hari.

Perkhemahan ini berlangsung dalam suasana yang selesa dan dipenuhi dengan beberapa aktiviti yang telah dirancang antaranya ialah, pertandingan menghias khemah, masakan sarapan, jelajah kembara dan persembahan kebudayaan. Peserta juga didedahkan dengan aktiviti kawad oleh Pn. Rosnah Johari. Selain itu ceramah mengenai rawatan kecemaasn juga disampaikan oleh Pn. Rosmaliza dan juga Pn. Azizah.

Acara-acara yang disediakan selain dari memenuhi program sekolah, ia juga sebagai memebri peluang kepada murid-murid untuk merasai suasana perkhemahan walaupun sekadar padang sekolah menjadi gelangangnya.
Posted by Zuri On 11:33 No comments

0 Komen:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube
Alhamdulillah , Nurul Jannah Binti Misran dapat...
Assalamualaikum wth. Sedih n sayu rasa bila tgk...
Syabas sekolah yang effektif

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff