• PROGRAM

  • PIBG

  • KURIKULUM

  • KOKURIKULUM

  • UMUM

  • GURU

  • UPSR

Selamat Datang & Selamat Menjalankan Tugas



Selamat datang dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada 2 orang guru yang bertukar ke SK Seri Kampung Renggam. Beliau ialah Ustaz Zabri bin Kamdi bertukar dari SK Dato Onn Jaafar dan Cik Mazlefah bt Ibrahim dari SJK(T) Ladang Ulu Remis berkuat kuasa 4 Januari yang lalu.

Ustaz Zabri akan mengajar Pendidikan Islam manakala Cik Mazlefah akan mengajar murid-murid pemulihan khas. Kemasukkan mereka ke SK Seri Kampung Renggam, melengkapkan keperluan guru sekolah untuk tahun 2012.

Semoga mereka segera membiasakan diri dengan suasana sekolah yang baru dan dapat menggunakan pengalaman di sekolah yang lama untuk memajukan lagi bidang pendidikan di SK Seri Kampung Renggam.

Filed Under: ,

Terima Kasih

Terima kasih kerana melawat portal online SK Seri Kampung Renggam. Portal ini diwujudkan untuk menyebarkan maklumat mengenai aktiviti di SK Seri Kampung Renggam. Jika tidak keberatan, tinggalkanlah sedikit pesanan dan juga komen anda. Terima Kasih. Seri Kampung.
Post a Comment