Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

05 March 2014

















Posted by Zuri On 21:17 No comments READ FULL POST

17 May 2013

Guru ibarat lilin yang membakar diri......guru ibarat matahari yang menerangi....dan kerana guru juga kita tahu apa itu ABC..Tanggal 16 Mei 2013, SK Seri Kampung Renggam telah mengadakan Sambutan Hari Guru di peringkat sekolah. Antara acara yang diadakan ialah ikrar dan nyanyian "Guru Malaysia" oleh semua guru, persembahan murid,penyampaian cenderahati bagi guru dan kakitangan, Jamuan dan "Pesta Aiskrim" yang ditaja khas oleh En.Jumaat B. Hj. Mahadi (Guru Besar). Semoga dengan sambutan kali ini akan meningkatkan lagi Ukhwah sesama warga SKSKR sekaligus meningkatkan lagi semangat kerja berpasukan yang senantiasa menjadi tonggak kecemerlangan SKSKR.










Posted by Zuri On 13:22 No comments READ FULL POST

08 January 2012



Selamat datang dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada 2 orang guru yang bertukar ke SK Seri Kampung Renggam. Beliau ialah Ustaz Zabri bin Kamdi bertukar dari SK Dato Onn Jaafar dan Cik Mazlefah bt Ibrahim dari SJK(T) Ladang Ulu Remis berkuat kuasa 4 Januari yang lalu.

Ustaz Zabri akan mengajar Pendidikan Islam manakala Cik Mazlefah akan mengajar murid-murid pemulihan khas. Kemasukkan mereka ke SK Seri Kampung Renggam, melengkapkan keperluan guru sekolah untuk tahun 2012.

Semoga mereka segera membiasakan diri dengan suasana sekolah yang baru dan dapat menggunakan pengalaman di sekolah yang lama untuk memajukan lagi bidang pendidikan di SK Seri Kampung Renggam.
Posted by Zuri On 22:16 No comments READ FULL POST

30 December 2011

Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru untuk Pn. Zuraidah bt Sabtu (Guru Pemulihan Khas). Setelah bertugas hampir 5 tahun di SK Seri Kampung Renggam, Pn. Zuraidah akan memulakan tugas baru di SK Khir Johari, Johor Bahru.

Ustaz Taib bin Dollah pula merupakan guru pendidikan islam akan bertukar ke SK Seri Bahagia di Pontian. Beliau yang menetap di Kampung Ibrahim Majid, Simpang Renggam telah bertugas di SK Seri Kampung Renggam selama 2 tahun di SK Seri kampung Renggam.

Warga SK Seri Kampung Renggam mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru dan semoga kenangan disini sentiasa diabadikan dalam diri masing-masing.
Posted by Zuri On 21:28 No comments READ FULL POST

16 January 2011


Sokongan secara atas talian(online) oleh guru-guru besar untuk Program Persiswazahan Guru 2011. Tindakan ini adalah penting untuk mengelakkan keciciran calon-calon yang memohon program tersebut. Sokongan secara atas talian ini akan bermula pada 12 Januari 2010(Rabu) hingga 26 januari 2011 (Rabu). Login ID dan Katalaluan adalah kod sekolah masing-masing. Sokongan boleh dibuat melalui laman http://apps.moe.gov.my/kdp/main/main_sokongan.cfm
Posted by Zuri On 08:20 No comments READ FULL POST

17 January 2010

Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada Pn. Rozila bt. Yusuf di SK Seri Kampung Renggam. Beliau merupakan seorang guru baru yang melaporkan diri di SKSKR pada 13 januari 2010. Beliau yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Pemutusan dari Universiti Utara Malaysia serta opsyen matematik dari IPG akan mengajar subjek Matematik untuk Tahun 3 dan 5 serta 2 mata pelajaran elektif.
Posted by Zuri On 07:43 No comments READ FULL POST

03 January 2010

Selamat datang diucapkan kepada En. Taib bin Hj. Dollah atas perpindahan beliau ke SK Seri Kampung Renggam, Kluang, Johor. Beliau sebelum ini mengajar di SK Ladang Air Manis, Muar, Johor. Opsyen beliau adalah pendidikan Islam. Kemasukkan beliau ke SK Seri Kampung Renggam adalah bagi mengisi kekosongan Guru Pendidikan Islam (Cik Norazura bt Abu Bakar) yang telah berpindah ke SK Tengku Mahmud 2, Kluang.

Warga SK Seri Kampung Renggam mengalu-alukan kedatangan En. Taib untuk mengajar di sekolah ini. Semoga beliau bergembira dan serasi di sini untuk mendidik anak bangsa untuk cemerlang dalam pendidikan.
Posted by Zuri On 22:30 No comments READ FULL POST

14 June 2009


Pertama, tahniah kepada Pn. Zawil Fathiyah bt. Paidi yang telah melahirkan anak sulungnya. Pertukaran beliau ke Kedah juga telah berjaya dan akan berkuatkuasa pada 15 Jun 2009.

Tahniah juga kepada Pn. Sarlina bt. Madon yang telah selamat melahirkan anak ketiganya pada 1 Jun 2009 yang lalu di Hospital Kluang.
Posted by Zuri On 19:07 No comments READ FULL POST

14 January 2009

Permohonan pertukaran Ustaz Noor Azali Ismail telah berjaya dan beliau akan bertugas mulai awal tahun ini di SK Labis, Segamat, Johor. Sepanjang beliau di SK Seri Kampung Renggam, beliau telah membimbing pelajar-pelajar dalam bidang keagamaan serta banyak mengelola majlis berkaitan keagamaan. Pertukaran beliau sedikit sebanyak memberi kesan kepada pihak sekolah. Walau apa pun pihak sekolah mengucapkan selamat bertukar dan selamat bertugas di sekolah baru.




Selamat datang pula diucapkan kepada Norazura bt. Abu Bakar. Beliau merupakan guru baru yang ditempatkan di SK Seri Kampung Renggam mulai tahun ini. Beliau yang mempunyai opsyen Pengajian Islam akan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dan akan mengambil alih apa yang ditinggalkan oleh Ustaz Noor Azali Ismail. Pihak sekolah mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas serta selamat menjadi warga SK Seri Kampung Renggam.
Posted by Zuri On 16:12 No comments READ FULL POST

06 September 2007

  1. En. Jumaat bin Hj. Mahadi - Guru Besar.
  2. Pn. Hjh. Zaleha bt. Salleh - Guru Penolong Kanan 1.
  3. Pn. Azizah bt. Saad - Guru Penolong Kanan HEM.
  4. Pn. Rosmaliza bt. Daim - Guru Penolong Kanan Koko.
  5. En. Zuri Azani bin Mat Yazid - Guru Data/Penyelaras Bestari.
  6. En. Adnan bin Abd. Rahman - Guru PJK.
  7. Pn. Kanagisvare a/p Valliappan - Guru Bahasa Inggeris.
  8. Pn. Sarimah bt. Abdullah - Guru Prasekolah.
  9. Pn. Hadhirah bt. Abu Samah - Guru Sains.
  10. Pn. Sarlina bt. Madon - Guru SPBT.
  11. Pn. Rosnah bt. Johari - Guru Pusat Akses
  12. Pn. Nik Rozila bt. Yusof - Guru Matematik
  13. Ust. Mohd Zabri bin Kamdi - Guru Pendidikan Islam.
  14. Cik Nor Asmini bt Yaacob - Guru J-QAF.
  15. Cik Mazlefah bt Ibrahim - Guru Pemulihan Khas.

Posted by Zuri On 09:05 5 comments READ FULL POST
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM