19 May 2011

16 Mei 2011, pihak sekolah telah menjalankan sambutan hari guru serentak dengan sambutan hari pekerja bagi meraikan guru-guru serta kakitangan sekolah. Sambutan pada hari itu dimulakan dengan perhimpunan pagi di Dewan Al-MAwardi. Perhimpunan itu di penuhi dengan ucapan-ucapan guru besar, wakil murid serta wakil dari pengarah pelajaran dan menteri pelajaran. Tidak lupa sebelum bersurai, guru-guru membaca ikrar guru dan juga menyanyikan lagu Guru Malaysia serta lagu tema sambutan tahun ini "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".

Selesai acara dewan, guru-guru dan kakitangan ke padang sekolah untuk acara sukaneka khas sempena sambutan. Beberapa acara dilihat dapat memberikan kemeriah kepada sam,butan kali ini.

Guru-guru dan kakitangan memngambil bahagian dalam beberapa acara individu dan juga berkumpulan, antaranya acara bawa bola pingpong berhalangan, isi air dalam botol, ayam bertelur. Manakala acara individu pula ialah pecah belon dan dart.


Selepas berhenti rehat, beberapa acara dewan pula mengambil bahagian. Kali ini, murid-murid pula membuat persembahan untuk guru-guru mereka. Pelbagai persembahan dipersembahkan oleh murid-murid mengikut kelas masing-masing. Sebagai penutup acara dewan, guru-guru dan kakitangan menerima hadiah melalui acara pertukaran hadiah antara guru-guru dan kakitangan.




Sebelum majlis berakhir, semua guru dan kakitangan menikmati jamuan nasi beryani yang telah dimasak istimewa oleh guru besar sendiri, En. Jumaat bin Hj. Mahadi.

Posted by Zuri On 08:03 No comments

0 Komen:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM