15 May 2011

Sabtu - 14 Mei 2011, hari ini SK Seri Kampung Renggam menerima kunjungan tetamu dari SK Pekan layang-layang sempena lawatan muhibah penanda aras. Seramai 30 orang guru serta kakitangan dari sekolah berkenaan yang hadir dalam majlis tersebut.

Majlis pada hari itu dimulai dengan ucapan dari kedua belah pihak, kemudian guru besar SK Seri Kampung Renggam, En. Jumaat bin Hj. Mahadi membentangkan profil sekolah. Profil terdiri dari segala bidang berkaitan sekolah termasuk analisa UPSR serta pelunjuran UPSR untuk tahun 2011. Kemudian Pn. Hjh. Zaleha Salleh selaku GPK Kurikulum pula membentangkan aktiviti serta analisis SWOT untuk SK Seri Kampung Renggam.

Selepas sesi perbincangan dan soal jawab, sedikit jamuan ringan disediakan untuk para tetamu yang hadir. majlis hari itu kemudiannya ditamatkan dengan lawatan ke bilik-bilik khas di SK Seri Kampung Renggam.
Pihak SK Seri Kampung Renggam berbesar hati menerima kunjungan dari guru-guru SK Pekan Layang-layang. Segala isi pati perbincangan serta lawatan diharapkan memberi manafaat kepada kedua-dua belah sekolah terutama dalam melonjakkan prestasi sekolah diperingkat daerah dan juga negeri. Diharapkan juga segala kekurangan serta kesilapan yang timbul jika ada dalam majlis tersebut haraplah dimaafkan.
Posted by Zuri On 22:03 No comments

0 Komen:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM