04 April 2011

Majlis Tilawah A-Quran Zon Renggam/Layang-layang telah diadakan di sekolah ini pada hari Sabtu, 2 April 2011 yang lalu. Pertandingan ini melibatkan sekolah-sekolah kebangsaan di Zon Renggam/Layang-layang seperti SK Seri Kampung Renggam, SK Jubli Intan, SK Bandar Renggam, SK Ldg Ulu Remis, SK Pekan Layang-layang, SK Bandar T6, SK Bukit tongkat, SK Belitong, SK Ulu Penggeli, SK Ldg Bukit Benut.

Selain tilawah Al-Quran, beberapa pertandingan juga telah diadakan seperti bercerita kisah-kisah dari Al-Quran, Hafazan dan Nasyid. Walau bagaimanapun, untuk kategori nasyid, hanya SK Bandar T6 sahaja yang menghantar peserta. Ini bermakna kumpulan nasyid dari SK Bandar T6 secara automatik akan mewakili zon ke peringkat daerah kelak.

Perasmian penutup serta penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Rostam Bin Salimi iaitu Penyelia J-QAF PPD Kluang.


Untuk edisi 2011 ini, johan keseluruhan telah disandang oleh SK Jubli Intan, Renggam.
Posted by Zuri On 19:44 No comments

0 Komen:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM