
Hari ini 4 April 2011, pihak sekolah telah menerima kunjungan 2 orang pegawai dari Pejabat Pelajaran daerah Kluang iaitu Tn. Hj. Hussin bin Mustaffa (Pen. PPD Rendah) dan Tn. Hj. Jaafar bin Maamun ( Penyelia Kanan Sekolah Rendah).


Selain memantau perjalanan sekolah, mereka berdua juga membuat perjumpaan dan perbincangan dengan guru besar dan juga guru-guru dalam satu perjumpaan khas. Mereka mengingatkan dan juga berharap agar pihak sekolah dapat mengekal kecemerlangan sekolah untuk tahun-tahun akan datang.


Selain perjumpaan dengan guru-guru, mereka sempat juga membuat perjumpaan dengan bakal-bakal calon UPSR 2011. Pesanan mereka supaya calon-calon UPSR dapat berkerja keras supaya keputusan mereka dalam UPSR nanti dapat menandangi keputusan cemerlang tahun-tahun sudah.
0 Komen:
Post a Comment