Pihak sekolah SK Seri Kampung Renggam merakamkan terima kasih kepada ibu bapa serta penjaga kepada murid yang telah hadir sempena Hari Terbuka SKSKR 2010 pada 25 Jun 2010 yang lalu. Kehadiran mereka makna bahawa perhubungan antara pihak sekolah dan juga masyarakat setempat terutama ibu bapa murd adalah erat.
Hari Terbuka, di mana ibu bapa serta penjaga dan pihak sekolah terutama guru kelas berbincang tentang prestasi murid-murid sepanjang penggal pertama persekolahan yang lalu. Pada masa ini, perbincangan antara kedua pihak adalah penting untuk meningkatkan prestasi pembelajaran dan pencapaian murid-murid kelak.
Para ibu bapa disediakan sedikit jamuan selepas mereka melakukan perjumpaan dengan guru-guru kelas anak mereka. Terima kasih sekali lagi pihak sekolah ucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir walaupun pada hari tersebut hujan turun sejak awal pagi lagi.
0 Komen:
Post a Comment