26 July 2009

Program yang dinamakan Malam Sentuhan Nurani diadakan khas pada hari Jumaat, 24 Julai 2009 untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR kelak. Program ini yang bermula pada petang Jumaat diisi dengan beberapa program khusus untuk mereka.

Program yang dibawah pimpinan Cik Norazura Abu Bakar (Guru Pendidikan Islam) dihadiri oleh 25 calon UPSR. Mereka tiba disekolah pada pukul 7 malam. Selepas makan malam dan bersolat Isyak, program diteruskan dengan Ceramah Motivasi oleh En. Tumin bin Yatman, Pegawai Khas Kaunselor PPD Pontian, Johor.

Ceramah motivasi tamat lebih kurang pukul 10.30 malam. Murid-murid serta sebilangan guru kemudiannya bermalam disekolah sebelum bangun pada pukul 4.00 pagi untuk Qialmulai. Program ini dipimpin oleh Tn. Hj. Md. Hanaffi bin Ridzuan.

Disebelah pagi, selepas bersarapan En. Adnan Abd Rahman(Guru PJK) mengepalai senaman pagi sebelum semua peserta dan guru-guru bersurai pulang ke rumah masing-masing. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama sehingga program ini berjaya dilaksanakan.
Posted by Zuri On 19:57 1 comment

1 Komen:

ShahRizaN said...

Wah!!!!!bnyak nyer aktiVT ntok Clon UPSR........

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM