
Program yang dinamakan
Malam Sentuhan Nurani diadakan khas pada hari J
umaat, 24 Julai 2009 untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR kelak. Program ini yang bermula pada petang Jumaat diisi dengan beberapa program khusus untuk mereka.

Program yang dibawah pimpinan
Cik Norazura Abu Bakar (Guru Pendidikan Islam) dihadiri oleh 25 calon UPSR. Mereka tiba disekolah pada pukul 7 malam. Selepas makan malam dan bersolat Isyak, program diteruskan dengan Ceramah Motivasi oleh E
n. Tumin bin Yatman,
Pegawai Khas Kaunselor PPD Pontian, Johor.

Ceramah motivasi tamat lebih kurang pukul 10.30 malam. Murid-murid serta sebilangan guru kemudiannya bermalam disekolah sebelum bangun pada pukul 4.00 pagi untuk Qialmulai. Program ini dipimpin oleh Tn. Hj. Md. Hanaffi bin Ridzuan.



Disebelah pagi, selepas bersarapan
En. Adnan Abd Rahman(Guru PJK) mengepalai senaman pagi sebelum semua peserta dan guru-guru bersurai pulang ke rumah masing-masing. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama sehingga program ini berjaya dilaksanakan.
1 Komen:
Wah!!!!!bnyak nyer aktiVT ntok Clon UPSR........
Post a Comment