Hujung minggu yang lalu sekolah bersama PIBG telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agungnya untuk kali ke 35. Mesyuarat yang diadakan pada 29 Mac itu telah dirasmikan oleh Profesor Datuk Kamaruddin bin Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Unity College International (UCI).
Profesor Datuk Kamaruddin merupakan bekas pelajar sekolah ini yang telah menamatkan pembelajarannya di sekolah ini pada tahun 1956.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Iman Masjid jamek Kg. Tengah, Tn. Hj. Jani bin Selamat. Sebelum majlis ucapan alu-aluan guru besar, Yang Dipertua PIBG dan ucapan perasmian, majlis di serikan dengan persembahan koir oleh murid-murid SK Seri Kampung Renggam.
Pada sesi kali ini tiada pemilihan AJK PIBG kerana mengikut perlembagaan PIBG sekolah pemilihan hanya diadakan dua tahun sekali. Oleh itu AJK PIBG adalah kekal sehingga sesi 2009/2010 berakhir.
'Kuih Teriak' yang senonim dengan Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Kampung Renggam menjadi juadah jamuan para hadiran di akhir majlis.
0 Komen:
Post a Comment