06 May 2015

Pada 5 Mei 2015, berlangsung majlis persaraan bagi seorang kakitangan sokongan sekolah ini yang telah berkhidmat selama 32 tahun di SK Seri Kampung Renggam. Encik Kadir telah memulakan perkhidmatannya di SK Seri Kampung Renggam ini pada tahun 1983.

Semasa perkhidmatan beliau di sini, banyak idea dan hasil kreativiti serta kemahiran beliau diterjemahkan pada langskap sekolah serta bilik-bilik khas di sekolah ini.

Dengan persaraan beliau, pihak sekolah telah kehilangan seorang kakitangan yang berdedikasi serta berkemahiran untuk menceriakan sekolah. Diharapkan juga dengan persaraan ini beliau beroleh kerehatan dan juga berbahagia di samping keluarga selepas lama mencurahkan khidmat kepada agama, bangsa dan negara.







Persembahan Video :
 
 
 
Posted by Zuri On 10:25 No comments

0 Komen:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM