Aktiviti Perkhemahan Bersepadu yang melibatkan 3 unit badan beruniform iaitu Pengakap, Pergerakan Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah telah diadakan pada 10 dan 11 November yang lalu.
Aktiviti tersebut yang melibatkan murid-murid Tahap 2 telah diadakan di perkarangan sekolah dengan pelbagai aktiviti sepanjang perkhemahan. Antara aktivit yang dijalankan ialah memasang khemah, treking, pertandingan masakan, aktiviti kebudayaan dan aktivit-aktiviti khas perkhemahan.
Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan yang setiap kumpulan dipimpin oleh 2 orang guru. Guru-guru ini bertindak sebagai pembimbing murid dalam menghadapi aktiviti-aktiviti yang dirancangkan.






Sebagai penutup kepada acara perkhemahan adalah aktivit kebudayaan, di mana setiap kumpulan diwajibkan mempersembahkan satu persembahan yang menarik untuk dinilai. Peserta dengan bantuan guru-guru pembimbing dapat menjalankan aktiviti ini dengan jayanya serta menarik perhatian penonton.







0 Komen:
Post a Comment