06 October 2011

Salah satu daripada aktiviti murid tahun 6 selepas menghadapi peperiksaan UPSR. Dengan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari guru besar sendiri, En. Jumaat bin Hj. Mahadi, mereka mencanting dan mewarna lukisan batik yang dicanting pada kain putih.

Murid-murid Tahun 6 beruntung kerana guru besar sendiri sanggup meluangkan masa bersama mereka bagi mengisi masa selepas peperiksaan UPSR mengajar mereka bagaimana untuk menghasilkan sebuah lukisan batik.

Setiap murid juga diberi sebuah lukisan yang akan mereka warnakan mengikut kreativiti dan cita rasa mereka sendiri. Lukisan batik yang telah siap diwarnakan akan dibingkaikan untuk lebih menarik. Boleh dikatakan ini adalah salah satu aktiviti yang amat menarik yang tidak dapat dilihat di sekolah-sekolah lain.
Posted by Zuri On 20:43 1 comment

1 Komen:

cutecat said...

isikan masa lapang pelajar dgn aktiviti yg berfaedah

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM