Pihak sekolah telah mengadakan program Motivasi Pelajar untuk murid-murid tahap 2 pada 24 Jun 2011 yang lalu. Program ini yang melibatkan murid tahun 4,5 dan 6 telah dibimbing oleh Tn. Hj. Idris bin Mohd Yusuf. Beliau juga merupakan mantan guru besar SKSKR dan juga merupakan penceramah dalam BTN.
Program yang berlngsung di Dewan Al-Mawardi ini bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Pelbagai aktiviti telah disampaikan oleh Tn. Hj. Idris untuk menanam semangat menunju kejayaan ke dalam diri murid-murid terutamanya murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR kelak.
0 Komen:
Post a Comment