Perasmian Perlantikan Pengawas dan juga Pengawas Perpustakaan untuk sesi 2011 telah dilangsungkan pada 7 Februari yang lalu. Seramai 16 orang pengawas dan 14 orang pengawas perpustakaan telah diserahkan watikah perlantikan mereka.
Penyerahan watikah perlantikan telah disempurnakan oleh Guru Besar, En. Jumaat bin Hj. Mahadi. Selepas selesai penyampaian watikah perlantikan, kesemua pengawas dan pengawas perpustakaan melafazkan ikrar untuk menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi.
0 Komen:
Post a Comment