05 November 2010

Selepas selesai Peperiksaan Akhir Tahun serta juga Peperiksaan UPSR, pihak sekolah telah menganjurkan Perkhemahan Bersepadu 2010 yang melibatkan Pasukan Pengakap. Pengerakan Puteri Islam dan juga Tunas Kadet Remaja Sekolah. Perkhemahan tersebut diadakan pada tanggal 1 November yang lalu.


Beberapa aktiviti diadakan sempena dengan perkhemahan tersebut. Antaranya adalah aktiviti kembara, memasak, memasang khemah serta aktiviti kendiri.


Selain itu juga pertandingan kawad kaki juga diadakan antara kumpulan.Untuk menguji kreativiti murid dalam kumpulan pertandingan mencipta topi dari daun-daun hutan juga diadakan.


Walaupun agak kepenatan kerana aktiviti yang padat tetapi murid-murid ternyata gembira menghadirinya. memandangkan banyak aktiviti yang memberi keseronokan kepada mereka.

Posted by Zuri On 15:13 No comments

0 Komen:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM