09 April 2010

SK Seri Kampung Renggam telah menyertai Karnival Bola Baling MSSD Kluang Bawah 12 Tahun yang berlangsung di SK Bukit Kenangan Simpang Renggam, Kluang. Kejohanan ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 April 2010. Ini merupakan kejohanan pertama yang dibuat secara karnival. Sebelum ini setiap pasukan perlu bertanding di peringkat zon, sebelum pemenang di peringkat zon akan bertandingan pula di peringkat daerah Kluang.

SK Seri Kampung Renggam telah menghantar 2 pasukan iaitu lelaki dan perempuan. pasukan lelaki diletakkan di dalam kumpulan B bersama SK Simpang Renggam, SK Ladang Tereh dan SJK(T) Jln Hj. Manan. Pasukan perempuan pula diletakkan di dalam kumpulan C bersama pasukan-pasukan SK Bukit Kenangan /SKTDI, SK Simpang Renggam dan SK Seri Maju Jaya.

Di peringkat perlawanan liga, kedua pasukan SK Seri Kampung Renggam kalah semua perlawanan dan gagal untuk ke peringkat kedua.Penyertaan di kejohanan ini adalah untuk memberi pendedahan dan juga pengalaman kepada murid untuk menghadapi kejohanan-kejohanan lain kelak.

Guru-guru pengiring ke kejohanan ini adalah En. Adnan bin Abdul Rahman, En. Zuriazani Mat Yajid, Pn.Kanagisvare a/p Valliappan, Pn. Zuraidah Sabtu dan En. Kadir bin Kompol.
Posted by Zuri On 07:15 No comments

0 Komen:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM