
Acara merentas desa merupakan salah satu acara wajib sebelum kejohanan sukan tahunan SK Seri Kampung Renggam dijalankan. Acara meretas desa tersebut telah dijalankan pada 6 Februari 2010 yang lalu. Acara tersebut bermula pada pukul 8.00 dan telah dilepaskan oleh Guru Besar, En. Jumaat bin Haji Mahadi. Acara ini disertai oleh murid-murid tahun 3,4,5 dan 6.


Trek meretas desa yang bermula dari padang sekolah merentasi jalan-jalan Kg. Baru dan juga Kg Tengah dalam anggaran 4 km. Sebanyak 3 checkpoint telah diadakan dimana setiap peserta perlu mengambil tiket di setiap checkpoint tersebut. Penamat bagi acara ini juga di padang sekolah.
0 Komen:
Post a Comment