09 January 2010

Hujan menyambut hari pertama persekolahan SK Seri Kampung Renggam pada 4 Januari 2010. Walau bagaimanapun urusan serta perjalanan hari pertama tersebut berjalan dengan lancar. Sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan sempurna dengan keadaan kelas, guru serta murid bersedia untuk aktiviti PnP.

Bagi murid-murid prasekolah yang pertama sekali menjejakkan kaki ke sekolah ada sedikit kesulitan bagi mereka untuk menghadapi suasana baru. Ada segelintir ibu bapa yang terpaksa menemani anak mereka pada hari pertama tersebut. Keadaan ini berakhir sehari dua kemudian.

Tahun 2010 - jumlah murid SK Seri Kampung Renggam adalah seramai 109 orang mengikut pecahan berikut :

1. Pra sekolah- 23 Orang.
2. Tahun 1 - 11 Orang.
3. Tahun 2 - 11 Orang.
4. Tahun 3 - 14 Orang.
5. Tahun 4 - 23 Orang.
6. Tahun 5 - 14 Orang.
7. Tahun 6 - 13 Orang.

Guru yang berkhidmat pula adalah seramai 13 orang dengan 3 orang kakitangan. Semoga tahun 2010 akan lebih memberi kecemerlangan kepada SK Seri kampung Renggam dalam semua bidang.
Posted by Zuri On 22:39 No comments

0 Komen:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM