10 October 2009

Menjalankan majlis Sambutan Hari Raya dan juga aktiviti RIMUP merupakan dua aktiviti yang dijalankan serentak oleh SK Seri Kampung Renggam pada 9 Oktober 2009 lepas. Majlis Sambuta Hari Raya Aidilfitri bersempena bulan Syawal merupakan aktiviti wajib yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Bersama-sama dengan sambutan hari raya, pihak sekolah menjemput sebahagian guru dan juga murid SJK(C) Chin Chiang, Renggam untuk sama-sama merasai sambutan hari raya melalui aktiviti RIMUP yang telah diarahkan oleh KPM.

Selain sama-sama merasai sambutan hari raya, guru-guru dan murid-murid SJK(C) Chin Chiang didedahkan dengan aktiviti melukis dan juga mewarna batik. Mereka diberi peluang untuk mewarna lukisan batik mengikut citarasa mereka pada lukisan yang terlebih dahulu dilukis oleh En. Jumaat, Guru Besar SK Seri Kampung Renggam.

Ternyata mereka mempunyai bakat serta juga kemahiran dalam mewarna batik ini. Lukisan-lukisan batik ini akan diframekan dan kemudiannya akan diserahkan lepada pihak SJK(C) Chin Chiang sebagai kenang-kenangan aktiviti RIMUP.

Sebelum menjamu selera, pihak SJK(C) Chin Chiang telah mengagihkan tanglung-tanglung kepada murid-murid SK Seri Kampung Renggam sebagai simbolik kepada perpaduan yang terjalin antara dua sekolah terbabit.

Untuk jamuan, juadah utama hari raya iaitu ketupat, rendang, sambal kacang serta lodeh disediakan kepada semua murid dan jemputan.


Aktiviti ini berakhir lebih kurang pukul 11.00 pagi dengan murid serta guru SJK(C) Chin Chiang kembali ke sekolah mereka semula.
Posted by Zuri On 21:29 No comments

0 Komen:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM