
Hari ini berlangsung satu lagi kursus LDP peringkat SK Seri kampung Renggam di makmal komputer. Kursus yang bertajuk Pengurusan Headcount Untuk Guru-guru disampaikan oleh
Pn. Hjh. Zaleha bt. Salleh (GPK 1) dan juga
En. Jumaat bin Hj. Mahadi (Guru Besar).

Kursus yang dihadiri oleh semua guru SK Seri Kampung Renggam ini terpaksa diadakan di hujung cuti penggal memandangkan kesuntukan masa oleh pihak sekolah. Walau bagaimanapun kursus ini berjaya juga diadakan.


Minggu hadapan
20 Jun 2009 (Sabtu), akan berlangsung satu lagi kursus iaitu
Kursus Penggunaan EduWebTv dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi guru-guru. Kursus tersebut akan dihadiri bersama oleh guru-guru SK Ladang Bukit Benut. Kursus tersebut akan berlangsung di Makmal Komputer, SK Seri Kampung Renggam.
0 Komen:
Post a Comment