

Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes selsema babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009 dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes selsema babi dikesan di Mexico dan lebih 150 kematian hingga kini direkodkan berkaitan dengan virus H1N1 ini. pada 26 April 2009 kerajaan Amerika Syarikat telah mengistiharkan wabak selsema babi ini sebagai kecemasan umum (Public Health Emergency) apabila lebih 20 kes telah dikesan di seluruh negara.
Simpton-simpton yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti h1N1 ini adalah seperti selsema, demam, batuk, kepenatan dan kurang selera makan. Ada jugak laporan yang menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, mutah-muntah dan cirit-birit. Virul H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima hingga ke sepuluh hari pertama jangkitan.Ubat yang disarankan adalah seperti amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamnivir. Walau bagaimanapun untuk wabak terbaru ini, rawata yang disarankan adalah denga menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari selsema babi.

Sebagai langkah pencegahan juga, orang ramai digalakkan memakai topeng dan juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika melawat negara-negara yang telah diisytihar dilanda wabak selsema babi.
0 Komen:
Post a Comment