Dengan 3 badan beruniform iaitu Pengakap, Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah bergabung untuk menjayakan Aktiviti Perkhemahan Bersepadu 2008. Aktiviti tersebut yang diadakan bermula petang Jumaat 31 Oktober dan berakhir pada hari sabtu 1 November 2008. Semua murid Tahap 2 dan juga guru terlibat.

Para pelajar 3 gabungan badan beruniform tersebut dibahagikan kepada 6 kumpulan, dengan setiap kumpulan akan dibimbing oleh 2 orang guru. Pelbagai aktiviti diadakan sempena perkhemahan ini. Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan memasak, pertandingan khemah terbaik, malam kebudayaan, aktiviti treking serta pertandingan kawad.

Gambar di atas merupakan kumpulan yang muncul sebagai johan keseluruhan Perkhemahan Bersepadu 2008. Pasukan ini yang dibimbing oleh Pn. Hjh. Zaleha bt. Salleh dan Ust.Noor Azali Ismail muncul johan dalam pertandingan malam kebudayaan dan treking. Dengan mata tertinggi kumpulan ini dinobatkan johan keseluruhan.
Candid
0 Komen:
Post a Comment