Malam Sentuhan Nurani diadakan untuk murid-murid Tahun 6. Pengisian Malam Sentuhan Nurani adalah dengan bacaan Yasin selepas maghrib, ceramah motivasi oleh En. Azman bin Hasiam - Guru Kaunselor SK Pekan Layang-layang dan Qiamulai.Aktiviti di ketuai oleh Ust. Noor Azali bin Ismail dengan kerjasama semua guru. Aktiviti bermula pada pukul 6.30 petang dengan kehadiran murid-murid Tahun 6 dan juga guru-guru. Kemudian semua murid dan guru bersolat Maghrib di Masjid Jamek Kg. Tengah, jamuan makan malam dan ceramah motivasi selepas solat Isyak. Murid-murid dan guru kemudiannya bangun dari tidur pada pukul 4.00 pagi untuk Qiamulai.








0 Komen:
Post a Comment