25 July 2008

Hari ini Guru2 SK Seri Kampung Renggam terpaksa meredah banjir kilat yang berlaku di satu selekoh jalan yang menghubungkan Renggam dan Kg. Tengah ketika pulang dari sekolah. Banjir ini berlaku apabila hujan turun dengan lebatnya semenjak dari pagi lagi.

Jalan ini merupakan satu-satunya jalan bertar yang menghubungkan Pekan Renggam dan Kg. Tengah. Untuk mengelakkan banjir ini guru-guru atau orang kampung boleh juga menggunakan jalan ladang yang bertanah merah yang boleh membawa mereka sama ada ke Simpang Renggam atau Layang-layang. Walaubagaimana pun jalan ini lebih jauh berbanding jalan yang tenggelam ini.

Keadaan air yang laju menyebabkan ramai guru serta penduduk kampoung yang agak was-was untuk meredah banjir ini. Walaubagaimana pun guru-guru terpaksa juga meredah banjir kilat ini.


Alhamdulillah, tiada keadaan yang tidak diingini berlaku ketika guru-guru mengharungi banjir untuk ke Pekan Renggam.
Posted by Zuri On 17:10 No comments

0 Komen:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM