16 May 2008

Bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2008 peringkat kebangsaan, SK Seri Kampung Renggam hari ini juga menganjurkan sambutan serupa di peringkat sekolah. Sambutan dimulakan dengan perhimpunan murid-murid dan guru-guru di dewan sekolah. Kemudian bacaan doa oleh Ust. Noor Azali Ismail dan diikuti dengan bacaan perutusan dari Menteri Pelajaran oleh Guru Besar, En. Jumaat bin Hj. Mahadi manakala perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia pula dibacakan oleh Pn. Hjh. Zaleha bt. salleh iaitu GPK 1. Nawawi Abd. Jalil dari tahun 6 pula menyampaikan ucapan bagi mewakili murid-murid.

Acara seterusnya adalah nyanyian lagu Guru Malaysia dan bacaan ikrar guru oleh guru-guru. Bacaan ikrar guru dipimpin oleh En. Adnan bin Abd. Rahman. Acara lain yang diadakan sempena hari guru kali ini adalah sukaneka, mewarna dan mencipta kad ucapan hari guru. Acara sukaneka yang disediakan untuk guru ialah Isi Air Dalam Botol, Basikal Berhemah, Letup Belon dan Kerusi Beracun. Selain itu beberapa persembahan pentas juga diadakan bagi memeriahkan sambutan Hari Guru Kali ini.

Antara koleksi gambar hari tersebut :



Majlis Penyampaian Hadiah. "Ingatkan dapat hadiah yang besar tu" Mungkin itulah kata guru besar sambil tersenyum.


Persembahan Tarian Buluh. Ust. Noor Azali tak sabar2 lagi nak mengayuh basikal. Maklum la dah lama bebenor tak mengayuh basikal ni. Hehe.. dia lupa sebenarnya kena kayuh pelan-pelan baru boleh menang.... dan dia menang pun.


Tiup cikgu..tiup, tiup sampai pecah. Cikgu Azizah dengan muka penuh selamba menunjukkan keberanian tiup belon. Apa la guna sudu untuk isi air dalam botol tu....bila nak penuh. Ganti pakai senduk bagus tu. Mana penganjur ni?


Pn. Zawil dengan penuh berhemahnya memasukkan air dalam botol tanpa disedarinya kumpulan sebelah dok ngelat. Acara kerusi beracun baru nak bermula.... jangan berebut cukup sorang satu kerusi tu.

Haa..tu le orang tua kata jangan berebut, kan dah jatuh tu.....

Khusyuknya anak-anak pra sekolah mewarna, kelihatan Pn. Marintan memberi penerangan. Guru-guru menelek buku program.

Kumpulan guru besar sedang merenung nasib kumpulannya, apa taknya nak lawan dengan kumpulan alim. Kumpulan 'minah rempit' Kg. Tengah sedang berbincang strategi untuk memenangi perlumbaan nanti.


Siapa Menang...?
Posted by Zuri On 22:39 2 comments

2 Komen:

Anonymous said...

Tahniah atas sambutan hari guru. saya mengucapkan selamat hari guru buat semua guru di SKSKR.Saya merupakan bekas pelajar di SKSKR.

Anonymous said...

Selamat Hari Guru. Moga tahun2 akan datang lebih meriah lagi .

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Blog Archive

Guru Besar


Photobucket

ATAN BIN ABD RAHMAN
Guru Besar

Pesanan Kepada Kami

Nuff

Portal KPM