
Majlis yang diadakan di Dewan Al-Mawardi dihadiri oleh semua murid, guru dan kakitangan sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan guru besar En. Jumaat Hj. Mahadi kemudian ucapan wakil murid oleh Nawawi bin Abd. Jalil. En. Zulkafli kemudian mengambil tempat untuk memberi ucapan kepada semua hadirin. Kemudian majlis diserikan dengan penyampaian cenderamata oleh wakil sekolah, kelas-kelas, PIBG, pejabat, unit beruniform sekolah. Pn. hjh. Zaleha dan Pn. Azizah juga tidak ketinggalan menyampaikan cenderahati peribadi kepada En. Zulkafli. Majlis diakhiri dengan jamuan tengahari .
0 Komen:
Post a Comment